BENGKEL TERAPI SENI
PENGENALAN
TERAPI SENI merupakan salah satu
terapi yang berdasarkan bagaimana kita boleh mentafsir emosi, pengalaman
seseorang dalam kehidupan melalui lukisan yang dihasilkan oleh klien. Setiap
lukisan yang terhasil mengandungi mesej dan maksud tersirat. Kaunselor boleh
mengupas dan membuat penerokaan melalui lukisan tersebut.
BAHAN
DIGUNAKAN : KERTAS, PENSEL, PENSEL WARNA
CARA
PELAKSANAAN :
- · Aktiviti dijalankan di dalam kelas secara kelompok
- · Semua pelajar diberikan sehelai kertas untuk membuat lukisan
- Semua pelajar dikehendaki melukis 3 objek utama iaitu (pokok, rumah dan sebatang sungai)
- · Semua pelajar diberi kebebasan untuk melukis ketiga-tiga objek mengikut kreativi
- Setelah selesai, fasilitator menerangkan mesej disebalik setiap lukisan yang terhasil di dalam setiap individu.
- · Setiap lukisan yang terhasil menyampaikan mesej dan menggambarkan serba sedikit watak dan perwatakan individu yang terhasil.
PENUTUP
Fasilitator
melakukan sesi soal jawab dengan pelajar berkenaan hasil lukisan yang
dihasilkan oleh pelajar.
HURAIAN
RINGKAS
- · MAKSUD OBJEK
- Rumah melambangkan keluarga, sungai melambangkan perjalanan kehidupan,
- Pokok melambangkan individu yang melukis.
·
- KEDUDUKAN OBJEK
- Jika rumah dilukis diatas pokok melambangkan dia sedang memikul tanggunggjawab
- Jika rumah dilukis bersebelahan pokok, dia tak boleh berjauhan dengan keluarga
- Jika rumah dilukis jauh dengan pokok melambangkan dia seorang menyendiri
- · SUSUNAN TABURAN OBJEK
- Susun atur objek berselerak-individu yang menghadapi kecelaruan
- Susun atur yang tersusun – sistemaik dan rigid
- · BENTUK OBJEK
- Bentuk sungai -lurus(laluan kehidupan lancar) bengkang bengkok(ada masalah dalam kehidupan).
- Garisan pada pokok (pakai pembaris-rigid dan tidak yakin pada diri.)
- FAKTOR MEMPENGARUHI
- · Saiz kertas lukisan
- · Pensel yg digunakan
- · Warna yang digunakan
- · Teknik yang digunakan
- · Cara memegang pensel
No comments:
Post a Comment